Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur:
Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:
Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya’:
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Jika berpuasa
Amalan kita
direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya “free”
Sekatan tol tiada
Tiada “jem”
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah….

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi… penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai…
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai….
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah…
Ampunkan kami…
Kerana lalai…
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang

Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.

Amin.

Posted by my friend, Mohd Asqalani : 02/24/2008 12:27 pm

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci

Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Mari kita bermuhasabah diri kita dengan sebaik-baiknya. Semoga kita dapat memperbaiki kesalahan & kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Allah akan memberi petunjuk kepada hambanya yang mahu berubah.

Aku masih mencari kerja selepas beberapa bulan menganggur. Doakan aku berjaya dalam mendapatkan pekerjaan yang tidak melalaikan aku daripada mengingati Allah dan mengingkari perintah Allah SWT. AMIN.

Jangan abaikan ajaran agama kita walaupun sesibuk dan sesenang mana sekalipun anda berada di alam duniawi ini. Agama adalah elemen terpenting dalam kehidupan seseorang manusia. Islam is the only way of our life, not others.

  • Percaya Kepada Allah SWT
  • Percaya Kepada Nabi dan Rasul Allah
  • Percaya Kepada Malaikat
  • Percaya Kepada Kitab Allah
  • Percaya Kepada Hari Akhirat
  • Percaya Kepada Qada’ dan Qadar

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Ilahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya

Kehidupan kita di dunia ini memang begitu singkat sekali. Terlalu singkat, sehingga kita tidak menyedari pun bahawa masa berlalu dengan pantas sekali. Kita dilahirkan dengan disambut oleh azan. Seterusnya apabila kita meninggal dunia pula, langsung kita diiringi dengan solat pula. Antara laungan azan dan solat itu tidaklah seberapa lama mana. Singkat sahaja masa diantaranya. Begitulah yang pasti akan terjadi dengan kehidupan kita yang singkat ini.

Sepatutnya hal ini kita sedari dari awal lagi. Kematian itu sesuatu yang pasti. Untuk menghadapinya kita perlu menyiapkan diri kita di dunia ini untuk bertemu menghadap Ilahi. Jadi seharusnya kita saling ingat-mengingati berkaitan perihal kematian ini. Orang yang sentiasa bersedia untuk saat kematiannya adalah orang yang paling beruntung kerana dia tahu yang saat kematiannya tidak akan diketahuinya.

Dia sentiasa akan bersiap sedia bila-bila masa pun. Dia akan taat perintah Allah dan Rasul. Dia akan sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah kepadanya selama dia hidup di atas muka bumi Allah ini. Dia membuat sebarang pekerjaan semata-mata untuk mendapatkan redha Allah. Dia berbaik-baik dan berkasih sayang sesama makhluk Allah yang lain.

Bersama-samalah kita menghitung amalan diri kita yang sangat jauh bezanya dengan orang lain. Untuk mendapatkan kasih sayang dan keredhaan dari Allah, kita hendaklah dahulu menyayangi dan mencintai Allah SWT. Sekiranya setapak kita mendekatkan diri kepada Allah, Allah akan dekat dengan kita 10 kali ganda.

Di sini saya ingin sekali lagi berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan agar kita tidak terpesong dari ajaran Allah yang sangat mulia ini. Semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri. Allah tidak akan mengubah diri seseorang itu sekiranya kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Renung-renungkanlah…

Wassalam

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s. dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s. solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s. berkata :

“Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud :

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s. mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya Yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua’lam…

 Posted Wednesday, 16 January, 2008 1:35 PM by cma